28.5 C
Kuala Lumpur, MY
Monday, November 19, 2018
Utama Pelancongan 5. Backpackers Galakkan melancong secara backpackers

Galakkan melancong secara backpackers

0
14

CUTI semester boleh dianggap masa paling sesuai bagi mahasiswa untuk melakukan sebarang aktiviti bermanfaat termasuk melakukan pengembaraan ke tempat-tempat menarik di dalam atau luar negeri bagi menambahkan pengalaman.

Sudah tentu setiap mahasiswa mempunyai destinasi idaman untuk dikunjungi khususnya melibatkan negara-negara luar. Dalam merealisasikan hasrat tersebut para mahasiswa yang berminat dengan aktiviti pelancongan disyorkan supaya melakukan pengembaraan secara backpackers.

Ini kerana backpackers adalah salah satu cara yang paling mudah dan sangat menjimatkan terutama bagi mahasiswa yang masih belum mempunyai sumber kewangan tetap. Dengan sumber kewangan begitu terhad tidak mungkin seseorang mahasiswa mampu ke satu-satu destinasi menggunakan pakej pelancongan memandangkan kosnya yang agak mahal. Oleh itu, melancong secara backpackers adalah pilihan terbaik.

Melalui kaedah backpackers, mahasiswa boleh menjelajah ke mana-mana sama sahaja sama ada dalam atau luar negara mengikut bajet yang ada. Mereka tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi tujuan ini. Sudah pasti ketika mengembara mereka akan menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke sana-sini serta di menginap di tempat penginapan yang murah seperti asrama, motel dan inap desa.

Bagi mahasiswa yang pertama kali mahu melancong secara backpackers sebaik-baiknya mereka bertanyakan kepada backpackers berpengalaman selain menambahkan ilmu melalui pembacaan atau mencari maklumat yang diperlukan di internet.

Perkongsian bersama bakcpackers berpengalaman amat penting bagi memastikan pengembaraan mereka berjalan lancar seperti yang dirancang. Mereka yang pertama kali berbuat demikian juga dicadang supaya melakukannya secara berkumpulan.

Secara lazimnya, kebanyakan backpackers terutama yang berpengalaman mempunyai ramai kenalan khususnya di luar negara. Kenalan mereka terdiri daripada penuntut-penuntut Malaysia di luar negara dan ada juga dalam kalangan penduduk di negara terbabit. Kebiasaannya, kenalan mereka ini sedia menghulurkan bantuan terutama dari segi mendapatkan penginapan yang murah.

Ini juga salah satu cara untuk menjimatkan perbelanjaan. Sungguhpun begitu, setiap backpackers perlu membuat persiapan rapi sebelum memulakan perjalanan antara persediaan kewangan, jadual perjalanan, pengangkutan serta penginapan bagi mengelakkan sebarang masalah ketika mereka melakukan penjelajahan di satu-satu tempat.

Difahamkan juga trend ­melancong secara backpackers ini semakin mendapat sambutan dalam mahasiswa kerana kosnya yang murah. Saya yakin melalui aktiviti seperti ini, para mahasiswa terlibat akan melalui banyak pengalaman berharga sekali gus memberi kesan positif kepada diri mereka.

Dengan melihat negara orang pelbagai pengalaman yang boleh dikutip dan seterusnya dijadikan panduan. Paling penting mampu membuka minda kita terutama betapa bertuahnya kita menjadi rakyat negara ini. Imam Syafie seorang ulama besar yang hebat pernah memberikan kata-kata mutiara yang penuh hikmah berhubung galakkan supaya umat Islam merantau.

 

NUR ADILAH JOHARI

Baling, Kedah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/galakkan-melancong-secara-i-backpackers-i-1.354805#ixzz5KIldhKak
© Utusan Melayu (M) Bhd

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.