LAZIMNYA apabila teringin menikmati sajian masakan kampung seperti ayam masak lemak cili padi atau pari masak asam pedas, kita pasti berkunjung ke daerah atau negeri asal hidangan berkenaan, iaitu Negeri Sembilan dan Melaka, baru berpeluang menikmati rasa masakan yang enak dan asli.

Pun begitu, sajian kampung kini menjadi pilihan hotel sekitar ibu kota untuk menarik minat penggemar makanan berkenaan ke premis penginapan mereka.

Justeru, sajian air tangan Cef Azizah Abd Malik, 55, dari Hotel Concorde Kuala Lumpur pasti memenuhi cita rasa anda.

Sajian tradisional Cef Azizah dihidangkan setiap hari mulai jam 6.30 petang hingga 10.30 malam bersama lebih 100 hidangan istimewa lain di Melting Pot Cafe.

Menerusi promosi Sajian Dapur Cef Azizah, pengunjung berpeluang menikmati masakan kegemaran seperti yang sering disediakan oleh ibu kita di kampung, tanpa perlu meredah kesesakan lalu lintas di lebuh raya untuk pulang ke desa.

“Pengunjung berpeluang menikmati masakan Melayu yang disediakan panas-panas atau lebih dikenali sebagai menu a’la minute apabila hidangan seperti ikan kerisi goreng, kepah goreng pedas dan kangkung belacan dimasak panas sambil saksikan pengunjung.

“Jika ada kelapangan, saya sendiri yang menyediakan menu berkenaan,” kata Cef Azizah.

Lebih istimewa, sambil makan tetamu didendangkan hiburan secara langsung daripada pemuzik residen hotel, Bergema 5 dari Indonesia.

BERITA HARIAN

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.