Alangkah seronoknya jika mempunyai ahli keluarga yang ramai dan besar. Makin seronok apabila dapat berkumpul bersama-sama. Walaubagaimanapun bukan mudah untuk berkumpul bersama-sama secara serentak melainkan jika telah berjanji dari awal untuk bertemu bagi bercuti bersama-sama meskipun hanya sekali setahun. Acara sebegini sering di panggil sebagai hari keluarga atau dalam bahasa inggerisnya, family day.

Antara Tempat Menarik Untuk Family Day

Untuk menyambut family day, lokasi yang terbaik akan memainkan peranan yang cukup penting. Lokasi yang di pilih ini haruslah tepat dan kena dengan kehendak semua golongan umur ahli keluarga yang hadir. Sebagai contoh, ianya haruslah sebuah tempat yang boleh membuatkan anak-anak berasa seronok dan dalam masa yang sama turut membuatkan ibu dan ayah ini berasa teruja untuk turut serta di dalam pelbagai aktiviti yang di sediakan.

Almaklumlah, dapat bertemu hanya sesekali saja maka sudah semestinya harus mengisi masa yang ada itu dengan pelbagai aktiviti yang dapat membuatkan semuanya berasa gembira untuk diingati sebagai salah satu kenangan terindah untuk selamanya. Di sini di senaraikan 11 tempat menarik untuk family day yang paling happening. Semoga senarai ini dapat membantu anda di luar sana dalam membuat keputusan di manakah tempat terbaik untuk mengadakan hari family day ini bersama keluarga anda yang tersayang.

1. DE RHU BEACH RESORT

Selain Tempat Menarik Untuk Family Day

Terletak di sepanjang kawasan Pantai Balok, De Rhu Beach Resort terletak di tengah-tengah kehijauan yang menghadap Laut China Selatan. Resort ini mempunyai sebuah kolam renang luaran, taman permainan kanak-kanak dan gimnasium. Resort ini berjarak 8 km dari Kampung Nelayan Beserah dan 12 km dari Pantai Cherating serta kraftangan tempatan di Teluk Cempedak. Resort ini berjarak 15 km dari bandar Kuantan dan 30 km dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah.

Cari Tempat Menarik Untuk Family Day

Dilengkapi dengan lantai kayu, bilik-bilik berhawa dingin mempunyai tingkap-tingkap besar yang menawarkan pemandangan laut, kolam renang atau taman. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan kemudahan membuat teh/kopi dan TV. Bilik-bilik mandi peribadi menawarkan kemudahan pancuran mandian. Dengan segala keperluan yang ada bolehlah anda mengadakan family day mengikut kehendak yang anda mahu tanpa sebarang masalah.

2. MORIB GOLD COAST RESORT

Mencari Tempat Menarik Untuk Family Day

Jika anda inginkan sebuah percutian bersama keluarga yang besar di dalam suasana yang lebih santai dengan panorama indah dan udara segar dari laut pantai, anda boleh memilih untuk ke Pantai Morib. Di sana anda boleh memilih samada ingin mengadakan aktiviti bersama keluarga di tepi pantai ataupun lakukan aktiviti bersama di taman tema yang di wujudkan oleh pihak Morib Gold Coast Resort yang boleh di gunakan sepuas-puasnya ketika anda menginap di situ.

Dalam erti kata lain, anda boleh enjoy bersama keluarga dengan pelbagai aktiviti yang boleh anda susun sendiri seperti berkelah beramai-ramai di pantai, pertandingan tarik tali pantai, bola tampar pantai, bermain layang-layang dan mandi manda. Setelah penat bolehlah layan kerenah anak-anak di taman tema pula dengan lebih selesa.

3. LEGOLAND MALAYSIA

Mencari Tempat Menarik Untuk Family Day

Di Legoland Malaysia ini anda boleh habiskan sehari suntuk di sini atau mungkin masa sehari untuk anda itu masih tidak cukup untuk menerokai segala aktiviti yang telah di sediakan di sini. Ini kerana terdapat begitu banyak permainan yang best dan sesuai untuk anda lakukan bersama-sama kelurga. Antaranya adalah seperti Aquazone Wave Race, LEGO Mindstorm, LEGO Academy, PROJECT X dan Technic Twister.

Di sini di bahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Theme Park dan juga Water Park. Anda boleh memilik di pintu masuk samada ingin laungkan masa di ke dua-dua bahagian atau hanya satu bahagian saja. Harga tiket adalah seperti berikut.

1. One Day Combo Ticket RM 196  (1 day LEGOLAND Theme Park + Water Park )
2. Theme Park Ticket RM 156 (Theme Park sahaja)
3. Day Water Park Ticket RM 100 (Water Park sahaja)

4. GAMBANG WATER PARK

Mencari-cari Tempat Menarik Untuk Family Day

Bukit Gambang terbahagi kepada dua iaitu waterpark dan juga safari. Di sini juga anda boleh menginap di hotel terdekat dan seterusnya boleh pergi ke waterpark dan juga safari park dengan menggunakan tram yang telah di sediakan di sana.

Yang pasti jika berada di Gambang anda tidak akan mudah jemu kerana ada pelbagai tarikan menarik yang boleh anda terokai bersama keluarga. Paling teruja pastinya anak-anak anda kerana dapat mandi manda dan main air dengan sepenuh hati setelah itu dapat pula melihat pelbagai haiwan yang hanya boleh di jumpai di zoo selalunya.

5. SUNWAY LAGOON

Adanya Tempat Menarik Untuk Family Day

Sunway Lagoon ialah sebuah taman hiburan di Petaling Jaya, Malaysia yang dibuka pada 29 April 1993. Sunway Lagoon terletak di Bandar Sunway, berjiran dengan pusat beli-belah Sunway Pyramiddi utara, tempat penginapan Indah Villa di barat laut dan Sunway Hotel di timur laut. Pada mulanya, ia terdiri daripada taman air, taman ria dan taman haiwan, tetapi kemudian ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak.

Selainya Tempat Menarik Untuk Family Day

Sunway Lagoon boleh dimasuki melalui laluan dari Sunway Pyramid atau Sunway Hotel. Pengunjung boleh membayar yuran asas untuk memasuki taman air, taman ria dan taman haiwan sahaja, atau yuran istimewa yang lebih mahal untuk ke dua taman lain iaitu Extreme Park dan Scream Park. Selepas membeli tiket, para pengunjung diberikan gelang tangan sebagai petanda kebenaran masuk.

6. ESCAPE

Boleh ada Tempat Menarik Untuk Family Day

Meskipun Pulau Pinang itu sesak dengan pembangunan tetapi anda jangan ingat di sana tidak ada tempat menarik untuk di habiskan masa bersama keluarga. Percaya atau tidak di sana ada dua buah taman tema yang best dan salah satu daripadanya adalah ESCAPE yang semakin terkenal di kalangan rakyat Malaysia ini kerana ia menyediakan pelbagai aktiviti yang sangat best dan awesome.

Terdapat Tempat Menarik Untuk Family Day

Aktiviti ini bukan hanya boleh di lakukan oleh orang dewasa bahkan juga oleh kanak-kanak. Jangan risau kerana tahap keselamatan yang ketat sangat di titikberatkan di sini jadi anda boleh lakukan aktiviti yang sememangnya sangat happening di sana tanpa rasa risau.

7. TAMAN TEMA AIR FANTASIA, DARULAMAN PARK

Mempunyai Tempat Menarik Untuk Family Day

Berkeluasan kira-kira 1.2 hektar, taman tema air tersebut yang dimiliki sepenuhnya oleh Bina Darulaman Berhad (BDB), menjanjikan suasana ceria dalam persekitaran yang selamat de­ngan rata-rata permainan dan tempat mandi direka khas untuk memenuhi imaginasi kanak-kanak serta mendatangkan kese­ronokan kepada remaja dan juga golongan dewasa.

Tempat Menarik Untuk Family Day

Di sini ibu bapa tidak perlu khuatir kerana sesuatu banyak permainan air seperti gelongsor serta meriam air yang boleh dimainkan secara selamat oleh kanak-kanak termasuk mereka yang berada di bawah usia tujuh tahun. Maka secara tidak langsung ia boleh dijadikan sebagai salah satu tempat menarik untuk berkumpul bersama seluruh keluarga anda. Tambahan pula di sana juga ada tempat penginapan yang boleh anda sewa untuk bermalam.
Lokasi : Jitra, Kedah

8. WATERWORLD @I-CITY SHAH ALAM

Tempat Menarik Untuk Family Day yang anda perlu tahu

i-City atau i-City Selangor (dahulunya dikenali sebagai Bandar Sumur) ialah sebuah perbandaran baru yang terletak di dalam kawasan Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Lebih tepat lagi pekan baru ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam berdekatan Sungai Rasau yang terletak di antara Bandar Baru Klang, Klang dan Shah Alam. Jaringan jalan raya dari/ke I-City dihubungkan ke Lebuhraya Persekutuan.

Meskipun kat situ popular dengan lampunya yang berwarna-warni tetapi masih ada tarikan lain yang sangat sesuai sebagai salah satu destinasi untuk mengadakan family day kerana kat situ juga ada water themepark.

Terdapatnya Tempat Menarik Untuk Family Day

Tarikan utama yang ada di situ adalah salah satu permainan yang di beri nama Tornado. Selain Tornado ada macam-macam lagi permainan air yang lain seperti  Giant Jacuzzi, Spiral and Rainbow slides, Children’s Aladdin Adventure Pool, River Adventure through LED-lit grottoes dan juga Wave pool.

9. BUKIT MERAH

Adanya tempat Tempat Menarik Untuk Family Day

Bukit Merah sememangnya sudah sangat terkenal sebagai salah satu destinasi yang sangat happening untuk di kunjungi baik bersama pasangan, teman dan juga keluarga maka tidak salah kiranya untuk anda mengadakan family day di sini kerana terdapat pelbagai aktiviti yang sesuai untuk anda lakukan bersama seluruh ahli keluarga anda ketika berada di sana.

Mencari tampat Tempat Menarik Untuk Family Day

Anda boleh lihat pelbagai aktiviti yang sediakan melalui gambar di bawah. Macam-macam ada kat sana untuk membuatkan masa anda tidak terbiar begitu saja. Pilihlah mana-mana aktiviti yang anda suka dan lakukanlah bersama ahli keluarga. Selain itu anda juga boleh mengunjungi Pulau Orang Utana yang turut ada di sana. Seronok bukan?
Lokasi : Bukit Merah, Tambun Perak

10. TADOM HILL RESORT BANTING

Dapatkan Tempat Menarik Untuk Family Day

Jika anda mahu adakan family day dalam suasana yang mesra alam dengan pemandangan tasik yang cantik di sampai pelbagai aktiviti yang boleh di lakukan secara santai seperti berenang di tasik, berkayak, bergayut di tali gayut sebelum terjun ke dalam air, berakit dan bermacam-macam lagi aktiviti air yang lain, anda boleh memilih untuk adakan hari family day tersebut di Tadom Hill Resort.

Di sini juga anda boleh memilih untuk menginap dengan mana-mana cara yang anda suka seperti berkhemah, menginap di bilik dan lain-lain lagi. Pendekata, lokasi ini sangat bagus untuk anda yang mahu lari dari kesibukan kota bersama seluruh ahli keluarga tersayang.
Lokasi : Banting, Selangor

11. THE CARNIVAL – CINTA SAYANG GOLF & COUNTRY RESORT

Selain adanya Tempat Tempat Menarik Untuk Family Day

The Carnival, sebuah taman tema yang berkonsep air, terletak hanya 20 km dari Padang Serai, SungaiPetani, Kedah. Taman ini sebenarnya terletak di dalam Cinta Sayang Golf and Country Resort, Sungai Petani Kedah. Selain itu harga tiket yang ditawarkan amatlah berpatutan iaitu bagi dewasa RM 25 dan bagi kanak-kanak RM 19. Waktu operasi adalah isnin sehingga jumaat/ 10am-7pm dan pada sabtu dan ahad waktu operasi adalah pukul 10am-8pm.

Ciri Tempat Menarik Untuk Family Day

Disamping itu, The Carnival juga menitikberatkan keselamatan pengguna dengan menempatkan  lifeguard di setiap kawasan tumpuan pelancong. Pelancong juga tidak perlu menyewa pelampung seperti taman tema air yang lain dan ianya percuma. Selain itu terdapat juga perkidmatan Hot Water Spa, rock climbing dan paint ball. Pendekata, lokasi ini sangat best untuk mengadakan pelbagai aktiviti bersempena dengan family day anda.

Anda ingin mengadakan family day yang meriah dan happening?

Pertimbangkan antara destinasi yang telah di senaraikan di atas namun ingat! Walau di mana pun lokasinya, sila pastikan yang tidak lupa untuk mendapatkan Allianz Travel Insurance supaya anda dan keluarga dapat memilikinya! Ini adalah pilihan kami apabila anda bertanya soalan “dimanakah tempat happening untuk mengadakan family day bersama keluarga”. Persediaan adalah kunci untuk perjalanan yang bebas tekanan di mana-mana perjalanan mahupun dalam negara ataupun di luar negara.

Kredit :- https://www.rileku.com/11-tempat-menarik-untuk-family-day-happening/

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.