GoBox Concept : Tempat Makan Tengah Kota KL

0
14

Salam u olls ,
Ty terjumpa satu port makan baru dalam 5 – 6 bulan beroperasi ja di kota KL baru ni. Berpunca tersesat sebenarnya. Jadi bagi warga KL etc yang mana tak tahu nak lepak mana malam ke tengah malam tu , boleh mai sini.
Gobox Concept.
Ini entrance nya.
 
GoBox Concept ; Tempat makan dan kedai kat sini berkonsepkan kontena. Ruang makan kat sini open air.
Sempat juga berbual dengan brader yang kerja kat situ , rupanya Dira Abu Zahar adalah owner.
Teh O Ais Tower – RM12/- je u olls.
Malibu ni antara kedai air yang mendapat sambutan. Macam – macam jenis air ada dengan harga berbaloi. 3 orang minum pun jenuh nak habiskan satu balang ni. Kecuali kaki minum , eh.
Terlalu banyak gerai makanan yang menarik di mata Ty tapi tak termakan kalau semua nak makan. Mungkin next time bila lepak lagi kat sini , Ty akan cuba menu lain pula.


Prawn Fettucini Aglio Olio – RM13.50

Tekak minah salleh celup sangat kan I olls. Takut makan tak habis tu makan lite-lite ja. Rasanya sedap la , boleh la masuk tekak mengada anak Mummy Daddy yang memang layan western ja. Mummy Daddy betul – betul kenal anak depa , kalau western food Ty memang senang makan berbanding hat laen.
Lepas makan heavy meal , Ty lapar lagi. Mesti susah nak percaya kan bila Ty kata Ty lapar lagi tu. Jadi Ty order dessert  pula katanya. Pekena Popia Banana Cheese Ice Cream – RM10/- dari gerai Gig Old Skool Kitchen. Selain tu ada ;  Tauhu Bakar , Pisang Goreng Cheese , Keropok Lekor Cheese , Lempeng Sambal , Brownies with Ice Cream , French Toast Sardine Rolls etc.
Fried Rice with Lobster – RM21.90
Sedap sangat nasi ni tapi bukan meal Ty la yang pasti , sekadar jamah sikit tapi agak pedas. Ty dah tak boleh makan pedas. Daddy kata sejak dok jauh ni , lidah mengada sebab tak makan pedas. Kengkawan makan semeja pun pelik pedas mana nya. Tapi percaya la kalau babies cam Ty mesti kata pedas tapi sedap. Wowhee!
Ini antara kedai – kedai yang ada di GoBox Concept  ;
&

Spaghetti Olio by @pinkpizzabera
Ini pula suasana sekeliling ruang makan di GoBox Concept ;
Asal bole tempat pose OOTD ada je u olls.  Sinki basuh tangan pun memang urban hispter habis.
Kaunter ! Order makan , pergi bayar dapat resit pastu serahkan keratan yang dah bayar kat gerai. Kalau tak , sampai tutup kedai la u olls tak dapat makanan tu nanti.
Sambil makan dapat layan live band / busker.
Selain  lepak makan di sini , u olls boleh dapatkan perkhidmatan manicure pedicure eyelash extention foot / neck / shoulder massage waxing , tattoo henna eyebrow termasuk make up for dinner . Untuk temujanji awal boleh u olls hubungi ; 018-9848328.
Tempat ni memang best untuk anak-anak muda cam I olls melepak. Sekali sekala turun KL , boleh cuci mata sambil tengok gelagat manusia dengan macam-macam fesyen u olls. Geli hati I olls. Apa-apa pun , sambil santai melepak bershisha boleh memang sempoi la.

Alamat & MAPS ;
No.12 Jalan Liew Weng Chee,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
019-388 3086
03-21811442
Kredit :- http://www.yanty.my/2017/07/gobox-concept-tempat-makan-tengah-kota.html

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.