Wanita warga emas cedera diragut

0
8

AMPANG: Seorang wanita warga emas cedera selepas diragut seorang penunggang motosikal ketika berada di hadapan rumahnya di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa berusia 69 tahun cedera pada muka dan kepala selepas rantai emas miliknya diragut oleh lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata pihaknya menerima panggilan daripada anak saudara lelaki mangsa yang memaklumkan wanita warga emas terbabit diragut ketika berada di hadapan rumahnya.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dihampiri suspek yang menunggang motosikal Yamaha 135LC dari arah belakang ketika dia keluar dari rumahnya.

“Suspek kemudian meragut rantai emas mangsa sebelum melarikan diri. Mangsa kerugian RM1,200 akibat kejadian ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hamzah berkata, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun yang mendatangkan kecederaan,” katanya.

BERITA HARIAN

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.