AS kenakan sekatan baharu terhadap Russia

0
11

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengenakan beberapa sekatan baharu terhadap Russia, hari ini, susulan cubaan pembunuhan seorang bekas perisik di Britain menggunakan agen saraf.

Sekatan termasuk menyekat bantuan asing ke Russia, menyekat penjualan barangan atau perkhidmatan pertahanan dan keselamatan negara serta melarang segala pinjaman kerajaan untuk semua eksport ke Russia.

Bagaimanapun, penjualan dan perkhidmatan berkaitan pelancaran angkasa sama ada komersil atau kerajaan akan diteruskan.

Difahamkan, Jabatan Negara sudah mengeluarkan pengecualian tertentu tidak spesifik terhadap semua sekatan itu dan tindakan itu dilihat mengurangkan keberkesanan sekatan terbabit.

Semua sekatan itu yang pertama kali diumumkan pada 8 Ogos lalu adalah tindak balas kepada cubaan gagal membunuh bekas perisik Sergei Skripal dan anak perempuan beliau Yulia Skripal, pada 4 Mac lalu menggunakan agen saraf Novichok.

Agen saraf itu dibangunkan Kesatuan Soviet ketika Perang Dingin.

Kerajaan British berkata, serangan di Salisbury, England dilakukan pihak Russia. – AFP

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.