Peluru berpandu Israel mampu serang seluruh Asia Barat

0
9

BAITULMAQDIS: Israel sedang menghasilkan satu sistem peluru berpandu baharu yang mampu menyerang mana-mana sasaran di Asia Barat, kata Menteri Pertahanan negara itu, Avigdor Lieberman, hari ini.

Pengilang senjata kerajaan, Israel Military Industries (IMI) akan menghasilkan sistem bersepadu canggih yang boleh melakukan serangan tepat menerusi pelancaran jarak jauh dalam tempoh beberapa tahun lagi, katanya.

Lieberman berkata, kontrak dengan IMI untuk sistem itu membabitkan nilai ratusan juta shekel. Mata wang shekel Israel kini didagangkan pada 3.63 kepada AS$1.

“Projek menyediakan roket tepat dan sistem peluru berpandu sudah berjalan. Sebahagian daripadanya sudah dalam pembuatan dan sebahagian lagi dalam fasa akhir kajian dan pembangunan.

“Kita sedang membangunkan sistem tembakan yang membolehkan tentera Israel melakukan tentera Israel melakukan serangan di semua kawasan dalam rantau ini dalam tempoh beberapa tahun lagi,” kata Lieberman.

Israel dianggap kuasa ketenteraan utama di Asia Barat dan dipercayai menjadi satu-satunya negara di rantau itu yang memiliki senjata nuklear. – AFP

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.