‘Sekadar mengusik, tiada niat mempermainkan

0
8

ETALING JAYA: Penyanyi, Fitri Haris mengakui kesilapan memuat naik sekeping foto di Instagram, seolah-olah menggambarkan dirinya bertunang sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan peminat, baru-baru ini.

Kata Fitri, 34, tujuannya berbuat demikian bukan untuk menipu sesiapa, sebaliknya sekadar ingin mengusik peminat dan pengikut di laman sosial itu.

“Saya terkejut apabila melihat ramai mengucapkan tahniah. Foto itu diambil ketika majlis pertunangan sepupu saya. Mungkin disebabkan kenyataan yang tertera pada gambar, selain wajah bapa saya turut kelihatan menyebabkan ramai menyangka saya bertunang.

“Saya memang rasa bersalah, namun tidak berniat untuk mempermainkan sesiapa. Saya minta maaf jika ada yang terasa dengan cara saya itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya, Wahai Kekasihku, di sini, petang tadi.

Juara Gema Gegar Vaganza 2 itu juga menafikan, tindakannya itu sebagai gimik sempena kemunculan lagu terbarunya.

“Ketika ini, saya sedang sibuk dengan pengajian dan menyiapkan tesis untuk ijazah kedoktoran. Saya tiada masa untuk fikir soal gimik atau sebagainya.

“Kalau diikutkan hati, mahu sahaja saya padam gambar itu, tetapi pengurus saya menghalangnya,” ujar bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini.

Menerusi kapsyen gambar terbabit, Fitri memaklumkan ayahnya, Muhammad Haris menjadi wakil pada majlis yang berlangsung di Kota Tinggi, Johor itu.

“Semoga segalanya dipermudahkan… Hanya Tuhan yang tahu wahai kekasih. Ayah saya @muhammadharis3829 mewakili di belakang. Amin #wahaikekasihku,” tulisnya.

Lagu Wahai Kekasihku dihasilkan Encik Mimpi, manakala liriknya oleh Hafiz sudah berada di semua platform digital, manakala video muzik akan ditayangkan di saluran YouTube: Fitri Haris bermula jam 9 malam ini.

BERITA HARIAN

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.